Setiap hari kerja menghantar dan mengambil anak dari sekolah telah menjadi rutin.Sekarang saya cuma perlu menghantar dan menjemput ajwa dan ziyad, yang lain sudah ke sekolah berasrama dan ke ipt. Seawal 7 pagi , jika tiada yang meragam antara keduanya,(biasanya tiada masalah jika cuti hujung minggu hanya dua hari, sabtu dan ahad)..... perjalanan ke sekolah ajwa cuma lima minit sahaja. Setelah bersalam dan ciuman di pipi, ajwa akan terus melangkah ke kelasnya.
Perjalanan ke sekolah ziyad mengambil masa antara lima belas keduapuloh minit. Masa inilah ziyad akan bersarapan dengan sebotol susu. Biasanya dia akan minta saya pasangkan lagu-lagu nasyid sepanjang perjalanan. Saya akan menunggu sehingga ziyad menghabiskan susunya barulah saya hantarkan ke muka pintu sekolahnya.
Sambil minum susu ziyad akan bertanya pelbagai soalan, biasalah anak-anak yang sedang membesar. Walaupun beliau anak ke lapan, bukan semua soalan yang ditanya adalah soalan yang pernah ditanya oleh abang-abang atau kakak-kakaknya . Ada antara soalannya yang tidak perlu saya jawab (hanya membuat mimik muka sahaja mencukupi), tetapi ada juga soalan yang tidak dapat saya nak jawab.
ziyad : umi, mana awan?
umi : tu... kat atas sana (sambil tunjuk ke langit)
ziyad : haiiiiii kenapa awan ada kat sana, tak ada kat sana? (sambil tunjuk bahagian langit yang tak berawan)
umi : sebab Allah jadikan awan kat sana... tak dekat sana....
ziyad : kenapa? (dengan rasa tak puas hati)
umi : sebab Allah tu Maha Hebat, Dia suruh angin tiup awan tu pergi sebelah sana... nak bagi teduh kat sana pulak...
ziyad : oooohhh
Di lain masa soalan itu akan berulang lagi, cuma jawapan yang sama akan mengundang soalan-soalan yang lebih mencabar... yang menerpa ke dalam aqal pemikirannya yang semakin berkembang.